Klik disini

Tiger woods datang malaysia

Khamis, 8 Julai 2010




Woods datang ke Malaysia 10 tahun lepas pada 1999 untuk kejohanan Golf Piala Dunia ke-45 di venue yang sama di mana beliau muncul juara.

Untuk CIMB Asia Pacific Classic Malaysia tahun ini, Woods merupakan antara bintang yang dijemput bagi kejohanan pertama Tour Sanctioned Persatuan Golf Profesional (PGA) di Asia Tenggara.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Country Heights Tan Sri Lee Kim Yew berkata beliau yakin dapat membawa pemain golf nombor satu dunia itu ke Malaysia.

"Saya percaya semua orang mahu melihat Tiger Woods. Saya akan menjemputnya secara peribadi," katanya kepada pemberita selepas majlis manandatangani penaja minuman rasmi, Chang Beverage di Mines Resorts dan Golf Club di sini Khamis.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu yang menyaksikan majlis itu percaya kejohanan itu akan menarik peminat golf Asia.

Pada kejohanan CIMB Asia Pacific Classic Malaysia itu, seramai 40 pemain akan bersaing merebut hadiah AS$6 juta (RM20.4 juta), dengan juara akan membawa pulang AS$1 juta (RM3.4 juta).

CIMB Asia Pacific Classic Malaysia juga akan menampilkan 25 pemain teratas dalam kedudukan akhir PGA Tour FedExCup.

0 ulasan:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP