Klik disini

Memaparkan catatan dengan label pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendidikan. Papar semua catatan

Perak Beri Tanah Ladang Kepada Sekolah Agama, Tamil Dan Cina

Khamis, 22 Julai 2010




Kerajaan negeri Perak telah meluluskan tanah yang keseluruhannya seluas 3,140 hektar kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan masjid, sekolah Cina bebas dan sekolah Tamil, kata Ketua Penerangan Kerajaan Negeri, Datuk Hamdi Abu Bakar pada Khamis.

Beliau berkata tanah bagi tujuan peladangan itu diluluskan di kawasan Hutan Simpang Gunung Besout dekat Tanjung Malim.

Katanya, dakwaan kononnya kerajaan negeri lebih mengutamakan sekolah Cina bebas dalam pemberian tanah berkenaan adalah tidak berasas dan mungkin timbul akibat kekeliruan laporan media.

"Apa yang diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pada 14 April tahun ini adalah pemberian sebidang tanah seluas 1,000 hektar kepada sekolah Cina bebas, 800 hektar kepada SAR dan masjid, 600 hektar kepada sekolah Tamil dan 740 hektar kepada Yayasan Perak," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini.

Hamdi berkata tanah yang diberikan kepada SAR dan masjid akan ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAINPk) dan projeknya diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak manakala tanah yang diberikan kepada sekolah Tamil akan ditadbir Yayasan Perak.

Akhbar sebelum ini melaporkan majlis sekolah-sekolah Cina telah menubuhkan sebuah syarikat bagi menguruskan tanah seluas 1,000 hektar yang diberikan oleh kerajaan negeri.

Menurut Hamdi, kesemua kawasan berkenaan akan dibangunkan sebagai ladang kelapa sawit bertujuan untuk menampung perbelanjaan sekolah-sekolah terbabit.

"Saya minta isu ini tidak dipolitikkan mana-mana pihak. Pendidikan adalah satu bidang yang harus diberi tumpuan dan kerajaan negeri bertanggungjawab untuk menyokong pembangunan institusi pendidikan di Perak.

"Kita tidak mempolitikkan pemberian tanah, seperti apa yang dibuat kerajaan sebelum ini yang sanggup memberikan pemilikan 999 tahun dan mengumumkan pemberian tanah seluas 1,000 ekar kepada sekolah Cina bebas sahaja dan melupakan sekolah-sekolah aliran lain," katanya.

Read more...

Kolej Komuniti: TPM Umum Tempoh Pembelajaran Disingkatkan

Rabu, 14 Julai 2010




KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan program pengukuhan Kolej Komuniti yang antara lain menggariskan tempoh pembelajaran bagi sembilan sektor terpilih disingkatkan daripada dua tahun kepada tiga ke enam bulan mulai tahun ini.

Program jangka pendek Sijil Kemahiran Modular Kebangsaan adalah antara inisiatif yang dirangka untuk pengukuhan institusi Kolej Komuniti selain melaksanakan program memperkasakan program pembelajaran sepanjang hayat dan mempergiatkan program perantisan.

Kementerian Pengajian Tinggi juga sedang merangka Program Pemindahan Ilmu antara Kolej Komuniti dan universiti bagi membolehkan hasil penyelidikan di universiti dapat dinikmati masyarakat setempat melalui Kolej Komuniti.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran semasa berucap melancarkan program itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini yakin inisiatif itu akan menjadikan Kolej Komuniti sebagai pemangkin utama kepada pembentukan masyarakat berpengetahuan dan berkemahiran tinggi di negara ini.

Beliau berkata, warga Kolej Komuniti perlu sentiasa bertindak secara proaktif dalam melakukan inovasi pembangunan kurikulum, latihan sumber manusia, pemantapan struktur dan tadbir urus institusi serta pengukuhan kerjasama antara institusi dan industri.

"Saya percaya usaha berterusan Kolej Komuniti dalam memperkukuh halatuju, memperkasa pengajian sepanjang hayat, menstruktur semula program latihan berasaskan kemahiran dan mewujudkan kerjasama dengan pihak industri dan universiti akan memacu institusi ini ke arah merealisasikan program pengukuhannya," kata beliau.

Muhyiddin menambah, program itu juga sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memperluaskan akses rakyat kepada pendidikan dan latihan berasaskan kemahiran bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan tenaga mahir negara.

Mengenai Program Pemindahan Ilmu antara universiti dan Kolej Komuniti pula, Timbalan Perdana Menteri berkata, ia akan meletakkan Kolej Komuniti pada kedudukan yang amat strategik sebagai sebuah institusi pendidikan dan latihan yang berperanan menyalurkan penemuan-penemuan baru hasil penyelidikan universiti tempatan untuk dimanfaatkan oleh masyarakat setempat.

"Ini adalah satu bentuk inovasi dalam penyediaan program latihan kemahiran berasaskan penyelidikan yang wajar dikembangkan lagi.

"Saya percaya dengan adanya program seumpama ini, tenaga kerja yang dilahirkan oleh kolej komuniti akan dapat menguasai pelbagai bentuk kemahiran baru yang akan meningkatkan kebolehpasaran dan daya saing mereka," katanya.

Read more...

18 Universiti Terima Penarafan Cemerlang

Isnin, 12 Julai 2010



PUTRAJAYA: Tujuh institusi pengajian tinggi awam dan 11 dari swasta menerima pengiktirafan cemerlang menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) 2009.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengumumkanperkara itu berkata, IPT awam yang menerima pengiktirafan itu ialah Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknolog Mara.

IPT swasta yang terpilih pula ialah Universiti Multimedia, Universiti KualaLumpur, Universiti Teknologi Petronas, Sunway Universiti Kolej, Curtin Universiti Teknologi Kampus Sarawak, Monash Universiti Kampus Sunway, Taylor's Universiti Kolej, International Medical University, Swinburne Universiti Teknologi Kampus Sarawak, Universiti Nottingham Kampus Malaysia serta Management and Science Universiti.

Sebanyak 25 universiti dan kolej universiti iaitu 14 swasta dan 11 awam pula menduduki tahap sangat baik manakala empat kolej universiti swasta pula menduduki tahap baik, katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

"Bagaimanapun kali ini tiada universiti dan kolej universiti yang mencapai tahap terbilang," kata Mohamed Khaled.

Beliau berkata, hasil penarafan SETARA itu akan digunakan sebagai input oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam menetapkan dasar-dasar pendidikan tinggi yang bersesuaian.

Mohamed Khaled berkata, IPT awam dan swasta yang mencapai tahap cemerlang boleh menerima tajaan kerajaan pelajar dalam dan luar negara, selain boleh memohon dan menerima jumlah geran penyelidikan yang disediakan oleh kerajaan dan layak untuk mendapatkan status universiti penyelidikan serta menambah bilangan program pelajar pra dan pasca siswazah.

Kelebihan lain bagi IPT swasta ialah diberi kelonggaran dan pengecualian dalam beberapa perkara antaranya daripada memohon permit mengajar dan dikecualikan daripada mendapat kelulusan daripada kementerian dalammenetapkan gaji pensyarah antarabangsa. "Kadar yuran pengajian dikecualikan daripada mendapat kelulusan daripada kementerian dan diberi kelulusan mengambil pelajar antarabangsa secara automatik," katanya. - BERNAMA

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP