Klik disini

Memaparkan catatan dengan label kerajaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerajaan. Papar semua catatan

Tidak ada lesen judi yang dikeluarkan

Khamis, 8 Julai 2010

vicent tan

  Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dalam satu kenyatannya berkata keputusan itu juga telah ditegaskan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni Hanazlah dalam sesi ucapan penggulungan Kementerian Kewangan bagi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10) di Dewan Rakyat pada 29 Jun lepas.

"Jawapan Parlimen yang diedarkan pada 6 Julai, 2010, oleh Kementerian Kewangan atas pertanyaan Ahli parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar mengenai isu pemberian lesen kepada Ascot Sports Sdn Bhd adalah jawapan awal yang disediakan sebelum kerajaan mengambil keputusan muktamad itu," kata Wan Abdul Aziz lagi.

Pada 25 jun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang jelas menunjukkan bahawa sebahagian besarnya tidak bersetuju lesen itu dikeluarkan.

Read more...

Zahrain sedia jumpa polis sebab Raja Petra



Bukti yang mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) membiayai perbelanjaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin di London telah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, kata Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Katanya beliau telah menyerahkan bahan bukti itu yang berbentuk kandungan e-mel kepada Nazri dan beliau sendiri sedia disoal siasat oleh polis berhubung perkara itu.

"Saya sudah bagi dokumen itu kepada Nazri. Bukti itu nanti akan didedahkan pada masa yang sesuai dan menteri pun saya percaya dia sedia disiasat polis dan saya pun bersedia jika polis nak jumpa (saya) dan bincang," katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Sabtu lepas, Nazri berkata kerajaan mempunyai bukti bahawa Raja Petra, yang melarikan diri ke luar negara, dibiayai oleh PKR di London.

Zahrain berkata beliau berharap kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan terperangkap dengan permainan politik PKR khususnya yang melibatkan isu Raja Petra dan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam.

Sehubungan itu, beliau memuji keputusan SPRM baru-baru ini untuk tidak menghantar pegawainya ke London bagi mengambil keterangan Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Tahniah kepada SPRM kerana tidak pergi ke London jumpa Balasubramaniam. Kita pun tahu kalau pergi pun apa yang Balasubramaniam akan dedah sebenarnya adalah kata-kata atau skrip yang telah dibuat oleh peguam.

"Sebenarnya peguam ini ialah peguam PKR yang rapat dengan Anwar," katanya.

Zahrain juga menggesa Anwar dan Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim yang didakwa mempunyai hubungan baik dengan kedua-duanya supaya meminta Balasubramaniam dan Raja Petra pulang ke Malaysia.

"Kalau mereka ini adalah pemimpin negara yang bertanggungjawab, mereka harus nasihat dan meminta supaya kedua-dua mereka pulang ke Malaysia dan berdepan dengan sesiapa sahaja," kata Zahrain.

Zahrain juga menyokong kenyataan Anggota Parlimen Bebas Wee Choo Keong mengenai peranan Anwar dan Zaid dalam kes yang melibatkan Raja Petra dan Balasubramaniam, kerana menurutnya, "mereka ini rapat".



"Beberapa akhbar juga telah mengeluarkan gambar mengenai sahabat-sahabat akrab ini di London. Duduk di London bukannya murah, ia melibatkan kos yang tinggi, saya percaya mereka ada orang yang taja," kata Zaharain.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP