Klik disini

Memaparkan catatan dengan label rasuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rasuah. Papar semua catatan

Protes Kepala Lembu

Selasa, 27 Julai 2010




Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,000 kepada semua 12 lelaki yang dituduh terlibat dalam perhimpunan haram sambil membawa kepala lembu pada tahun lalu.

Hakim Hasbi Hasan memutuskan perkara itu selepas kesemua 12 tertuduh mengaku salah.

Mereka ialah Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36, dan timbalannya, Ibrahim Sabri, 42; Eyzva Ezhar Ramly, 31; Mohd Azmir Mohd Zain; 35, Ahmad Suhairi Zakaria, 30; Mohd Hilmi Ni, 40; Jainudin @ Zainudin Md Yusuff, 67; Mohd. Jurit Ramli, 39; Mohammad Nordin Zakaria, 56; Jamil Mohamad Isa, 40; Rahimuddin Md. Harun, 39; dan Azhari Shaari, 39.

Semua mereka mengaku bersalah setelah pihak pendakwaan meminda tuduhan mengikut Seksyen 143, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman lebih ringan.

Sebelum ini, mereka didakwa mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis

Read more...

Pemuda Umno selangor Hantar Dokumen isu Pasir Ke SPRM

Selasa, 20 Julai 2010




Pemuda Umno Selangor pada Selasa menghantar sejumlah dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini sebagai sokongan kepada dakwaan penyelewengan pasir yang dibuat Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Noh Omar Sabtu lepas.

Ketua Penerangannya Safarizul Mustafa berkata dokumen setebal setengah inci itu dihantar bersama bukti seperti resit rasmi berkaitan aktiviti penjualan dan pembelian pasir di negeri itu.

"Buah semangka berdaun sirih, mengata orang dia yang lebih. Kita bukan seperti mereka yang mendakwa tanpa bukti, jadi hari ini kita kemukakan bukti kepada SPRM untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata semua dokumen itu diperolehi daripada badan perhubungan Umno Selangor.

Pemuda juga akan terus mengumpul bukti berhubung isu pasir di negeri tersebut bagi memastikan isu berkenaan diambil serius oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, katanya.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini mendakwa mempunyai bukti wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam menawarkan pembelian pasir kepada syarikat kontraktor.

Antaranya beliau mendakwa KSSB memberi diskaun 22 peratus atau RM4 bagi pembelian setiap tan pasir yang berharga RM17.50 kepada sebuah syarikat, manakala yang lain hanya diberi potongan sebanyak 50 sen.

Selain itu Noh juga mendakwa KSSB memberi kemudahan kredit kepada sebuah syarikat dan lima kontraktor untuk mengorek pasir pasir tanpa perlu membayar deposit.

Read more...

Pembantu Takbir SPA rasuah cuba ubah keputusan temuduga

Isnin, 12 Julai 2010




SHAH ALAM: Seorang pembantu tadbir bahagian perkeranian dan operasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menerima rasuah untuk mengubah keputusan temuduga, September tahun lalu.

Mohamad Faizal A Rahman, 27, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 16 Ogos depan untuk sebutan kes bagi membolehkan Mohamad Faizal melantik peguam dan membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.
Dia didakwa menerima rasuah sebanyak RM700 daripada Nurazlina Kamarudin, 23, yang menghadiri temuduga bagi jawatan juruteknik komputer, sebagai dorongan untuk mengubah keputusan temuduga wanita itu daripada calon tidak berjaya kepada calon yang berjaya dilantik.

Ketika kejadian, Mohamad Faizal bertugas di Bahagian Pengambilan Khas SPA, Putrajaya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran McDonalds cawangan Jalan Ulu Klang, Batu 7, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2, Ulu Klang dekat sini, pada 1.30 pagi, 16 September tahun lalu.

Jika sabit kesalahan, Mohamad Faizal yang didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mengikut mana lebih tingg

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP