Permukinan Pas
Jumaat, 9 Julai 2010
PAS akan mengadakan pemukiman tiga hari mulai hari ini bagi membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
Naib Presidennya Salahuddin Ayub (kiri) berkata, pemukiman itu antaranya bagi memperkemaskan jentera pilihan raya parti Islam itu.
"Ia lebih untuk melihat semula keberkesanan kita selama setahun dan menyusun langkah ke depan," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.
Menurut Salahuddin, pemukiman yang melibatkan semua ahli jawatankuasa pusatnya itu akan turut membincangkan beberapa isu-isu dalaman parti.
Bagaimanapun perkara tersebut enggan didedahkannya dengan alasan ia merupakan perkara sulit.
"Semua sesi tertutup kepada media," jelas Salahuddin lagi.
Malaysiakini difahahamkan, pemukiman yang dilangsungkan di sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan itu akan dimulakan selepas mesyuarat bulanan jawatankuasa pusatnya di tempat sama.
Beberapa kertas kerja akan dibentangkan seterusnya dibuka kepada perbincangan.
Kali terakhir PAS dilaporkan mengadakan pemukimannya pada tahun lepas di Alor Setar, antaranya membincangkan isu kelab penyokongnya yang kini dinamakan sebagai dewan dalam parti itu
0 ulasan:
Catat Ulasan