Klik disini

Malaysia akan menghadapi tempias kemelesetan ekonomi eropah

Jumaat, 9 Julai 2010

Malaysia akan menerima "sedikit sebanyak" tempias ekoran kemerosotan ekonomi yang berlaku di negara-negara Eropah tetapi ia tidak akan "seteruk mana" berikutan langkah rangsangan ekonomi negara dilaksanakan dengan baik, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Katanya unjuran pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini adalah masih 6.0 peratus.

"Secara realistik, sudah tentu kemerosotan ekonomi yang berlaku di Eropah akan memberi kesan kepada kita, bagaimana pun, kita perlu melihat dan meneliti sejauh mana kemerosotan ini dan sampai bila ianya berpanjangan," katanya pada sidang media selepas melawat tapak projek Sekolah Antarabangsa Labuan pada Jumaat.

Katanya negara seharusnya tidak perlu melalui sekali lagi kemelesetan ekonomi seperti mana yang berlaku sebelum ini.

"Kerajaan akan cuba melakukan yang terbaik di peringkat nasional, yang mana sekarang ini, negara telah berjaya dalam merangsang pertumbuhan ekonomi," katanya.

Pada suku tahun pertama, awang Adek berkata negara telah mengalami pertumbuhan 10.1 peratus, yang dianggap sebagai memberangsangkan.

"Manakala, pada suku tahun kedua mungkin bukan 10 peratus tetapi masih dianggap tinggi dan memberangsangkan, dengan peratusannya akan diumumkan tidak lama lagi," katanya.

Katanya beberapa peramal ekonomi menyenaraikan pertumbuhan ekonomi Malaysia ditahap yang masih tinggi, meski pun sebelum ini kerajaan hanya meramalkan pertumbuhan ekonomi negara sepanjang tahun pada tahap yang rendah.

Awang Adek berkata meski pun ekonomi Malaysia menerima tempias tetapi ia tidak begitu terjejas berikutan rakan niaga negara kebanyakannya adalah di rantau Asia seperti China, Amerika dan Indonesia.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang mengatakan Malaysia kemungkinan berdepan dengan kemelesetan ekonomi berganda sekiranya keadaan ini berlaku di negara-negara Eropah.

Beliau, yang baru pulang dari lawatan ke England, berkata terdapat tanda-tanda akan berlakunya kemelesetan ekonomi berganda di negara-negara Eropah dan perkara itu secara tidak lansung akan mempengaruhi keadaan ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lepas berkata kemungkinan akan berlaku kelembapan pada separuh kedua tahun ini berikutan faktor luaran.

Seorang ahli perbankan terkemuka juga telah menyatakan bahawa data yang diumumkan baru-baru dari Amerika Syarikat dan Eropah menjangka berlaku kemelesetan di dalam ekonomi global

Seorang ahli perbankan terkemuka juga telah menyatakan bahawa data yang diumumkan baru-baru dari Amerika Syarikat dan Eropah menjangka berlaku kemelesetan di dalam ekonomi global.

0 ulasan:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP