Klik disini

The Star Dan Wartawannya Tarik Balik Permohonan Semakan Kehakiman Terhadap Notis SC

Khamis, 8 Julai 2010

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan tindakan menarik balik permohonan itu tanpa sebarang perintah mengenai kos guaman.

Tiada sebab bagi permohonan itu ditarik balik, kata peguam mereka Amer Hamzah Arshad kepada peberita.

Hari ini, mahkamah menetapkan untuk mendengar permohonan bagi kebenaran itu yang difailkan pada 1 Julai.

Pada hari yang sama, mereka diberinkan perintah sementara oleh Mahkamah Tinggi bagi penangguhan notis itu sehingga menunggu hasil permohonan kebenaran itu.

Wartawan itu dipanggil oleh SC berhubung laporannya baru-baru ini mengenai Kenmark Industrial Co (M) Bhd yang menghadapi masalah kewangan.

Harian berbahasa Inggeris itu dan Sidhu, yang nama penuhnya ialah Berjan Kaur, menamakan SC dan pegawai penyiasatnya Arif Adnan Zain sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam permohonan kebenaran itu, mereka berkata Sidhu diminta oleh SC menghadirkan diri di premis berkenaan pada 26 Jun bagi membantu siasatan mengenai satu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

Beliau diminta datang lagi pada 29 Jun dan beliau membawa bersama peguam Tharminder Singh tetapi hanya dibenarkan sebagai pemerhati dan tidak dibenarkan menasihat atau mencelah semasa rakaman kenyataan daripada Sidhu.

Sidhu dinafikan salinan kenyataan dan Tharminder Singh dikatakan diugut oleh pegawai penyiasat dan diberikan notis dengan tangan pada 29 Jun untuk rakaman kenyataannya hari ini.

Mereka mendakwa SC setakat ini belum menyatakan bentuk siasatan dan gagal memberi jawapan terhadap surat peguam mereka supaya menarik balik notis 29 Jun.

Mereka mahukan perisytiharan bahawa SC tidak mempunyai kuasa mengenakan sekatan terhadap peranan seorang peguam atau mendesak sesuatu kenyataan daripada peguam dan juga memaksa mana-mana peguam bela atau peguam cara mendedahkan maklumat istimewa.

Mereka juga mahukan notis 29 Jun diisytiharkan kabur, tidak berkesan, salahguna proses dan melanggar Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

0 ulasan:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP