Klik disini

Mesyuarat agung Umno berjalan lacar

Jumaat, 9 Julai 2010




KUALA LUMPUR 7 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa perjalanan mesyuarat bahagian UMNO yang sedang berlangsung sekarang berjalan dengan baik dan lancar tanpa ada sebarang kerumitan.

Dilaporkan sehingga 5 Julai lalu dijadualkan sebanyak 86 daripada 191 bahagian telah pun bermesyuarat selain pergerakan wanita (123), pemuda (159) dan puteri 163.

Katanya, berdasarkan maklumbalas, bahagian-bahagian dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah diberi kepada mereka mengikut perancangan yang telah dibuat.

“Walaupun terdapat 10 bahagian yang memohon menangguhkan mesyuarat atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tetapi ia bukanlah berkait masalah dalaman parti sebaliknya hal-hal lain misalnya minta anjakkan waktu kerana kesibukan perasmi atau minta mesyuarat diadakan di luar kawasan bahagian masing-masing,” jelas beliau.

Katanya, Ibu Pejabat telah pun menjawab dan memberi kebenaran tetapi yang penting mereka mesti mengadakan mesyuarat sebelum akhir bulan ini.

Menyentuh berkaitan usul yang dibawa dalam mesyuarat tersebut, katanya ia melibatkan hal-hal dalaman bahagian masing-masing selain daripada isu-isu nasional.

“Ini termasuklah membahaskan berkaitan pelancaran Model Baru Ekonomi (MBE), RMK-10 dan hal-hal semasa.

“Kita juga minta ketua-ketua bahagian supaya mendengar apa yang dibangkitkan oleh peringkat cawangan dan sekiranya ada masalah selesaikan secara berhemah di bahagian terbabit dan sekiranya melibatkan isu nasional boleh dibawa dalam Perhimpunan Agung UMNO atau disampaikan kepada ibu pejabat,” ujar beliau lagi.

Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya memberitahu, apa-apa masalah yang perlu ditangani akan cuba atasi, seperti mana yang diharapkan oleh ahli atau rakyat dalam kawasan itu.

“Kita minta perasmi memberitahu kepada perwakilan bahawa mereka mesti buat anjakan perubahan iaitu dilakukan kepada ahli UMNO. Ahli UMNO mesti berubah. Kita bukan nak ubah parti tetapi sikap kita. Ahli-ahli UMNO mesti berubah supaya parti menjadi lebih mantap.”

Katanya lagi, perlembagaan parti adalah jelas, mempunyai hala tuju yang tepat tetapi masalahnya ialah orang dalam parti sendiri. –

0 ulasan:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP